[VIDEO] “Ajak Orang Buat Maksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Sindir Zahirah Macwilson?

Pelakon sensasi, Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi dan masih menganggu pasangan selebriti, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Fathia membalas kenyataan aktres jelita Zahirah berkaitan keretakan rumah tangga berpunca daripada ‘penyondol’ atau orang ketiga.

Respons Fathia itu seakan mendakwa Aiman pernah mengajaknya membuat perbuatan terkutuk ketika mereka bercinta suatu ketika dahulu.

“Perbuatan mengajak orang bermaksiat sebelum kahwin pun berdosa sis, sama macam suami awak,” tulisnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Fathia telahpun memadam status tersebut.

Sebelum ini, Zahirah meluahkan pendapatnya mengatakan seorang wanita tidak seharusnya menormalisasikan budaya merosakkan rumah tangga orang lain.

Kenyataan tersebut dipercayai berkaitan dengan kontroversi selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditangkap khalwat pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respons terhadap provokasi daripada Fathia.

Nama Fathia menjadi perhatian ramai selepas dia secara terbuka melabel wajah Zahirah seperti bibik, serta mendakwa Aiman masih menyimpan perasaan terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Aiman, Zahirah Macwilson Malas Layan Isu ‘Diganggu’ Fathia Latiff

Artikel Berkaitan: “Jangan Buat Aku Hilang Hormat Dengan Orang Islam, Bangsa Sendiri” – Fathia Latiff

Artikel Berkaitan: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

Artikel Berkaitan: “Kau Pernah Menang Award Tak? Konklusinya Saya Queen, Case Dismissed!”- Fathia Latiff Cetus Provokasi, Persoal Kredibiliti Zahirah Macwilson Dalam Industri Seni

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bengang Heliza Helmi Masuk Campur Isu Suami Scammer, Fathia Latiff Tampil Beri Teguran! – “Fake! Kau Acah Jihad, Tunjuk Baik Konon Ada Mesej Aku ”

Aqilah Paharuzi