Walaupun sudah empat hari berlalu, namun kontroversi melibatkan pempengaruh Alif Teega dan Aisyah Hijanah masih menjadi bualan hangat netizen.
Malah, semakin banyak informasi didedahkan susulan isu poligami berkenaan oleh adik kepada Aisyah iaitu, Amirul Adni Rustam.
Terbaru, Amirul menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya kelihatan memberi amaran agar Alif tidak mengugut isteri pertamanya itu semata-mata mahu membersihkan namanya.
“Wahai Alif please la jangan gertak bini. Nak suruh kakak aku bersihkan nama kau yang dah buruk kan? Moga kebenaran terbongkar!
“Kalau dah buat sesuatu tu tolonglah fikir akibat ya. Sudah-sudahkah kawal bini kau tu atas kepentingan kau! Dengan tak jumpa Umi ya. Penat la dengan jantan macam kau ni,” katanya.
Manakala, dalam hantaran berlainan, Amirul meminta agar netizen tidak meletakkan kepercayaan terhadap kenyataan yang bakal dibuat oleh kakaknya itu memandangkan apa yang bakal dilakukan Aisyah adalah demi membersihkan nama baik suaminya.
“Jangan percaya pun dari statement my sister nanti. She’s been controlled by him untuk sucikan balik nama jantan tu. Dah buat tapi tak nak terima kesalahan tu.
“Kalau ada orang buang air besar tengah jalan pun… mana je yang nak mengaku kan?,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Amirul turut berkongsi, live yang dibuat sebelum ini untuk mempromosikan produk keluaran milik syarikat mereka adalah atas desakan Alif.
“Live pun push my sister for sale! Man do your job please! Kenapa tak bawa bini penyondol kau tu bersihkan nama kau je!,” ujarnya.
Terdahulu, Alif bersikap tenang ketika sesi live tersebut berlangsung apabila ada netizen yang berani tampil menggelarnya sundal.
“Tak baik cakap macam tu tau( sundal), Aisyah okay je ni ha… Doalah yang baik-baik. Moga Allah mudahkan rezeki sama juga dengan anda semua.
“Tak apa lah, masa ni memang anda semua dah kata macam-macam. Nak kata redflag ke tak apa…Yang penting Allah sayang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”
Wah betul ke Kak Lina Pom Pom hos Melodi baru?
MdI maklum belum terima sebarang bayaran dari Datuk Red
Love Yuna! Fly high Queen
Alamak! Macam mempersendakan ke?