“Saya Tak Boleh Paksa Orang Suka Nyanyian Saya” – Nyanyian Sering Dipertikai, Siti Nordiana Hanya Jadi Diri Sendiri

Penyanyi Siti Nordiana mengakui dia tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk menyukai cara nyanyiannya biarpun mempertaruhkan bakat selama lebih dua dekad dalam bidang seni suara.

Menurut laporan Kosmo! pemilik nama Siti Nodiana Alias itu sebaliknya hanya menjadi diri sendiri walaupun ada yang masih kurang senang dengan nyanyiannya.

“Betul memang ada sahaja yang mempertikai cara nyanyian saya.

“Hakikatnya tidak boleh nak paksa orang ramai menyukai suara saya sebab suka itu adalah subjektif.

“Ada yang suka suara saya dan terdapat juga gemar dengan suara peserta lain. Saya hanya jadi diri sendiri sahaja,” katanya.

Kongsi pelantun lagu Terus Mencintai ini lagi mengenai keadaan semasa peti suaranya, Siti Nordiana berkata dia masih menjalani rawatan pemulihan voice cleanse di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Ketika ini saya tidak banyak bercakap demi menjaga kesihatan peti suara ditambah pula batuk sekarang ini.

“Rawatan tersebut masih berjalan dalam tempoh enam bulan dan mengambil ubat untuk beri kelegaan pada bahagian tekak,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Nordiana memaklumkan dirinya sedang mengalami masalah pada bahagian peti suara gara-gara kesan sampingan jangkitan Covid-19 sebanyak lima kali.

Malah, nyanyiannya juga sering menerima kritikan hebat dari segelintir pihak kerana tidak dapat membuat persembahan yang berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Kongsi Momen Terakhir Bersama Arwah Achik Spin, Mengaku Pernah Bercinta – “Saya Balas Cinta Dia Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Terhadap ‘Lima Sekawan’, Lan Solo & Syura Sedia Beri Kerjasama – “Hitam Jangan Dikeji, Putih Jangan Anggap Suci”

ARTIKEL BERKAITAN: Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Sumber: Kosmo!

Khairil Khusyairi