Kenapa Zizi Kirana Digelar Bodoh Dan Munafik?

Penyanyi yang popular menerusi lagu Nak Ke Tak Nak ini sekali lagi menjadi mangsa netizen apabila dihentam dengan pelbagai gelaran oleh netizen di bulan ramdan yang mulia ini. Bagi netizen, tindakan Zizi memakai tudung pada bulan ramadan dianggap sebagai munafik kerana, penyanyi ini sudah seringkali tampil mengenakan pakaian yang agak seksi.

Zizi dilihat telah memuat naik satu video yang menunjukkan beliau bertudung sambil menyanyikan lagu sempena bulan Ramadan. Rata-rata netizen memuji Zizi kelihatan cantik mengenakan tudung dan tidak kurang juga yang mengecam tindakan beliau sehigga terdapat segelintir netizen mengecam dan memberi pesanan kepada beliau agar tidak menjadi penunggang agama.

Namun, beliau nampaknya tidak mudah melatah apabila Zizi sendiri memohon agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan meminta agar netizen berhenti menggelar dirinya munafik.
“Doa yang baik-baik saja buat kita semua, berhentilah membawang. Senang cakap, saya bukan jenis acah-acah warak di depan tetapi di belakang mengumpat, mengata, menipu atau menzalimi orang secara senyap-senyap. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ubah persepsi dan sentiasa berlapang dada. Jauhi diskriminasi dalam menghukum.” Katanya
Apapun, kepada netizen, tindakan melabel seseorang itu dengan suatu nama panggilan yang kurang enak kan dianggap kurang sopan? So, sempena bulan yang baik ini, marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat semua.
Salma Syahbuddin