Wow! Kendall Jenner Tak Berahsia Lagi

Pernah berpacaran dengan Harry Styles lalu putus, nampaknya selebriti cantik ini tidak mengalah dalam percintaan.

Terbaru, Kendall Jenner dilaporkan menjalin hubungan dengan atlit Ben Simmons.

Pasangan ini dilihat tidak lagi tertutup merahsiakan hubungan mereka. Mereka juga dilihat sering berjalan sama di Los Angeles.

“Kendall dan Ben sudah sering dilihat menghabiskan waktu bersama di Los Angeles, kedua-dua mereka nampak serius,” ujar sumber seperti dipetik majalah People.

Bintang program realiti ini dikaitkan dengan Ben sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, model tersebut sebelum ini turut dikatakan mempunyai hubungan dengan adik lelaki Bella dan Gigi iaitu Anwar Hadid. Hurm, mana satu pilihan awak ni Kendall? 

 

SGMS Faida