Kereta Roy Azman Rentung, Syukur Sempat Lari Keluar Bersama Isteri & Anak Bongsu Sebelum Terbakar

Pelakon Roy Azman berkongsi detik cemas apabila kereta yang dipandunya rentung terbakar ketika bersama isteri dan anak bongsunya,.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Roy menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Roy meluahkan rasa syukur apabila dia bersama anak dan isterinya sempat lari keluar dari kereta tersebut sebelum api merebak.

Menurut Roy, kejadian tersebut turut dibantu oleh beberapa rakannya untuk menyelesaikan urusan laporan polis.

“Salam smua. Alhamdulillah. Saya wife dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukurrrr. Thank you Datuk dan  Datin Heykal, Faezah Yusof  dan Akmal datang teman buat report,” tulisnya.

Simpati dengan insiden tersebut, perkongsian itu turut dihujani dengan doa dari rakan-rakan artis dan pengikutnya diruangan komen.

Fatin Nurain