Categories: HiburanTrending

Famili Duo 3: Menepati Ramalan! Sharif & Syaiful Catat Markah Tertinggi Di Pentas Final, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Pentas akhir Famili Duo menyaksikan pasangan adik-beradik, Sharif & Syaiful Zero yang membawa lagu Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang, Joget Angan Tak Sudah & Kong Kali Kong mendahului pertandingan dengan meraih 81 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Sharif & Syaiful berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000.

Di tempat kedua, Adira & Emma Suhaimi yang menyampaikan dua buah lagu, iaitu Pelesit Kota & Bang Bang meraih markah sebanyak 60.6 peratus.

Membawakan lagu Ada Gajah Di Balik Batu & Beribu Sesalan, Haqiem Rusli & Ariff Bahran pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 58.3 peratus.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, Famili Duo musim ketiga bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Syamir Shafie