Categories: Program TVTV3

Tahniah! Sharif, Syaiful Rangkul Gelaran Juara Famili Duo Musim Ketiga

Program TV3 Famili Duo Musim Ketiga kali ini menyaksikan pasangan adik beradik Sharif dan Syaiful merangkul gelaran juara, pada malam ini.

Pasangan adik-beradik itu turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Pada malam akhir konsert ini, Sharif dan Syaiful telah meraih peratusan markah tertinggi yang berjumlah 81 peratus.

Bukan itu sahaja, pasangan adik-beradik yang berasal dari Sabah ini telah menerima markah Perfect 10 dari pihak juri, Mas Idayu dan Ajai bagi kedua-dua persembahan.

Malah, mereka turut meraih pujian yang sangat positif daripada kedua-dua juri tetap.

Dalam pusingan akhir kali ini, mereka membawakan Kong Kali Kong, Medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah.

Terdahulu, pasangan adik-beradik ini telah mendapat gelaran Duo Terbaik Mingguan sebanyak tiga kali sekali gus memecah rekod program tersebut.

 

Fatin Nurain