Categories: Trending

Alif Satar & The Locos, Anggi Marito Bakal Gegarkan Zepp KL 7 Januari 2024!

Penyanyi berkumpulan Alif Satar & The Locos bakal adakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Januari tahun hadapan.

Pertunjukan istimewa bertajuk A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito itu menampilkan penyanyi Indonesia tersohor seperti mana yang tertera pada nama konsert tersebut.

Gabungan mantap tersebut bakal memberikan satu persembahan yang cukup bermakna buat semua peminat masing-masing.

“Mungkin akan ada yang tertanya bagaimana A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito konsep akan berlangsung.

“Alif Satar bersama kugirannya, The Locos dan Anggi Marito akan mempamerkan vokalnya secara solo dengan genre yang berbeza namun akan tetap ‘menyatu’ di atas satu panggung.

“Itulah keistimewaan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito. Kami melihat kekuatan dalam Alif Satar & The Locos dan Anggi Marito dengan cara masing-masing.

“Alif Satar & The Locos punya ciri khas tersendiri dan begitu juga Anggi Marito. Mengapa mereka berkongsi pentas? Kerana kedua-duanya istimewa. Semoga gabungan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini bukan hanya mengukuhkan
silaturahmi dan mengeratkan hubungan bisnes industri muzik tetapi juga menyatukan citarasa Nusantara peminat,” ujar Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Bagi Alif, menerima lamaran pihak penganjur untuk melaksanakan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito adalah sebuah apresiasi yang ditujukan kepada industri dan peminat yang tidak pernah lelah menyokong karier nyanyiannya selama ini.

“Ini adalah silaturrahim dua negara serumpun. Tentang muzik menjadi jambatan kepada pengkarya yang saling beetukar idea dan berkembang.

“Kami sungguh teruja untuk bertemu peminat selepas agak lama tidak membuat persembahan,” ujarnya.

Jangan lupa untuk saksikan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito pada 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga SILVER (free standing) – RM198, GOLD (free standing) – RM218, PLATINUM (normal seat) – RM258, DIAMOND (premium seat) – RM 328 dan VIP BOX (meet & greet)- RM 475

Syamir Shafie