Categories: HiburanTrending

Rumah Tangga Lebih Bahagia Selepas Tunai Umrah, Syahnaz Sadiqah Ingin Perbaiki Kesilapan Diri

Ekoran pernah terpalit kontroversi curang terdahulu, pelakon Syahnaz Sadiqah meluahkan rasa syukur kerana hubungan dia dan suaminya kini lebih bahagia.

Meskipun teruk dikecam gara-gara pernah mempunyai hubungan dengan pelakon Rendy Kjaernett, suami Syahnaz masih menerima dia seadanya.

Memetik laporan mStar, mereka yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah menganggap peluang berada di Tanah Suci itu sebagai satu cara untuk memuhasabah diri masing-masing.

“Syukur diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suami. Saya merasakan kehidupan kami lebih baik berbading sebelum ini,” katanya.

Kesal dengan onak ranjau yang menimpa rumah tangga, pasangan romantis itu lebih banyak meluangkan masa bersama-sama bagi mengeratkan hubungan.

Dedah Syahnaz, mereka sering menemani antara satu sama lain ke tempat kerja.

Percaya kepada anak-anak sebagai pembawa rezeki dan kebahagian keluarga, Syahnaz memberitahu mereka dalam perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata.

“Kalau suami ada masa lapang dia akan teman saya dan begitulah sebaliknya. Kami selalu manfaat waktu bersama. Tidak kira berdua atau bersama anak-anak kami anggap setiap waktu amat berharga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syahnaz juga berhasrat untuk tampil berhijan usai menunaikan umrah.

“Saya ingin mula memakai hijab tetapi perlu konsisten dahulu sebelum benar-benar katakan saya sudah berhijab,” jelasnya.

Sumber : mStar

Syamir Shafie