Categories: HiburanTrending

Amylea Azizan Kongsi Detik Pertama Kali Bertemu Suami Di Pusat Karaoke – “Dia Tak Tahu Saya Pandai Menyanyi”

Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pegawai bomba Singapura, penyanyi dan komposer tersohor, Amylea Azizan mendedahkan detik manis perkenalan mereka berdua.

Amylea berkata, dia dan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash pertama kali bertemu di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur yang turut ditemani rakan-rakannya.

“Masa ni pertama kali jumpa Ash. Kawan ajak karaoke bersama. Segan nak jumpa seorang, saya bawa bala tentera,” katanya.

Akui berasa segan, dia tidak menyangka lagu Tak Ingin Sendiri oleh Hetty Koes Endang yang dinyanyikan pada ketika itu merupakan lagu kegemarannya suaminya.

“Ketika sedang menyanyi, saya rasa gementar sebab Ash tiba-tiba masuk. Rupa-rupanya lagu kesukaan dia,” katanya.

Memetik laporan mStar, suaminya terkejut kerana tidak tidak tahu yang Amylea berbakat dalam nyanyian.

“Masa ni dia baru tahu saya pandai nyanyi. Dia tidak tahu-menahu kejadian,” tulisnya.

Dedah pelantun lagu Kendati itu, tempoh perkenalan dia dan suaminya sangat singkat iaitu mereka sempat berjumpa hanya lima kali sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Sumber : mStar

Syamir Shafie