Pembuka Tirai Rindu Kasih 2 Raih Pujian, Ummi Nazeera Seronok Bekerjasama Dengan Izzue Islam

Drama bersiri TV3, Rindu Kasih 2 lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam telah pun membuka tirai sekali gus meraih pujian positif dari penonton setia, semalam.

Selain menampilkan barisan pelakon yang mantap, rata-rata peminat turut berpuas hati dengan jalan cerita episod pertama musim kedua drama tersebut.

Sementara itu, aktres, Ummi Nazeera sempat meluahkan rasa teruja dapat bekerjasama dengan hero gandingannya, Izzue Islam menerusi drama tersebut.

“Working with Izzue Islam has always been a pleasure. Izzue ni sebenarnya suka buat lawak dalam set. Saya pula senang terhibur. Banyak scene tak boleh berhenti ketawa.

“Lepas tu director @paliyahyalatest akan konon buat muka (marahlah ek). Lepas tu kitorg akan “eh serious. serious” terus masuk character. Takut Pali mengamuk. But as co stars we discuss a lot about our scenes..

“Thats why we have an understanding about each others character. Walaupun kami berlakon langsung tak bersentuh,” tulisnya di Instagram Story (Igs).

Selain Ummi dan Izzue, drama arahan Pali Yahya itu turut dibintangi oleh, Nafiz Muaz, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama bersiri Rindu Kasih 2 di slot Samarinda TV3, setiap Isnin- Khamis, jam 10 malam atau secara strim di Tonton.

Fatin Nurain