Hiburan By: Maya Basir September 2, 2022 @ 3:02pm

Kes Culik Anak Perempuan, Lufya Omar Masih Belum Beri Keterangan

Pelakon Lufya Omar masih belum beri kerjasama dengan pihak polis bagi siasatan kes cubaan culik anak perempuannya pada 26 Jun lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu sehingga kini pihaknya masih belum terima keterangan wanita itu.

“Kita (polis) masih menunggu kerjasama beliau (Lufya) dan kita perlu mengambil keterangan anaknya berkaitan kejadian berdasarkan laporan polis dibuat pada Jun.

“Malah, kanak-kanak itu juga kita perlu merujuknya kepada Child Interview Center (CIC) untuk diambil keterangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Terdahulu, Lufya melaporkan didakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.

Menurut Lufya atau nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar bersyukur dia dan anaknya selamat namun terdapat kecederaan pada wajahnya yang didakwa dipukul menggunakan batang kayu.

Untuk rekod, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira jam 6 pagi pada 29 Jun lalu di Balai Polis Kota Damansara.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Thu, 22 Mar 2018

《MIB星际战警》外传主角是《雷神3》两大咖

经典电影《MIB星际战警》(Men in Black)确定再拍新作品,而且《雷神3》CP「雷神索尔」克里斯汉斯沃(Chris Hemsworth)、「女武神」泰莎汤普森(Tessa Thompson)再度合体担纲主角。

Trending Fri, 17 Jul 2020

Tahniah! Mira Filzah Akhirnya Selamat Bertunang

Tak sabar rasanya nak tengok wedding of the year ni!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Mon, 25 Jul 2022
Featured Thu, 8 Mar 2018

(VIDEO) Serena Williams Sampaikan Mesej Penuh Inspirasi Kepada Wanita Dalam Iklan Terbaru Nike

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia! Hari special ni memberi penghormatan kepada kejayaan dan pencapaian golongan wanita. Sepatutnya mereka patut rasa bangga dan lagi bersemangatlah, kan?

Featured Wed, 10 Mar 2021