Kes Jenayah Seksual Dai’ Syed Ditarik Balik Atau Diteruskan? Semuanya Akan Diketahui Pada…

Nama pendakwah muda, Dai’ Syed heboh pada tahun 2020 kerana didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan seorang wanita berumur 22 tahun (ketika kejadian).

Setelah dua tahun berlalu, kes jenayah seksual usahwan ini juga masih belum menemui noktah.

Susulan itu, kes melibatkan Dai’ Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful alan diketahui pada 31 Mei ini sama ada dua pertuduhan jenayah seksual akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik.

Difahamkan status masih tergantung akibat pengadu yang dipercayai mangsa dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh, lapor Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha.

“Namun arahan lanjut berhubung perkara itu belum diperoleh daripada ibu pejabat (Jabatan Peguam Negara), maka saya mohon satu tarikh lain ditetapkan dalam tempoh sebulan,” kata Vitiya Monisha.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Dai’ Syed berkata kes itu telah dipertimbangkan sebelum ini dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

Tedahulu, pada 20 April lepas, Dai’ Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berkenaan dan didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, antara jam 3 hingga 4 pagi. 17 Oktober 2020.

Dia didakwa mengikut Sekksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa dibwah Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara tu peguam Dai’ Syed berkata walaupun pengadu telah menarik balik laporan polis, pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa untuk meneruskan pendakwaan terhadap anak guamnya.

“Kes itu masih boleh didengar (perbicaraan) kerana piha pendakwaan boleh memaksa saksi ke mahkamah untuk memberi keterangan dengan meminta sapina dan waran tangkap dikeluarkan.

“Sama ada pihak pendakwaan akan meneruskan kes atau tidak, kami bersedia dalam kedua-dua keadaan,” ujar peguam itu yang ditemani Dai’ Syed.

Sumber: Bernama

Aqilah Paharuzi