“Kesian Dia Tak Pasal-Pasal…” – Baca Komen Shuib & Watie, Isteri Caprice Dakwa Netizen Ada Penyakit Hati?

Isteri kepada penyanyi rap dan aktivis, Caprice iaitu Farra Inalis mempersoalkan tindakan netizen yang seperti tidak suka melihat kebahagian orang lain.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Inalis atau lebih mesra disapa Elis pelik dengan komen-komen yang ditinggalkan buat pasangan baru berkahwin, Shuib dan Watie.

Malah, ada yang turut membandingkan Watie dengan arwah isteri Shuib selain komen-komen yang berbaur lucah.

“Makin hari makin ramai ada penyakit hati, tak boleh tengok kebahagiaan orang lain. Elis baru terbaca comment-comment Shuib dengan Watie.

“Kesian dia tak pasal-pasal nak bandingkan Watie dengan arwah lepas tu ada yang comment lucah-lucah,” ujarnya.

Pada masa sama, dia menasihati agar tidak menjaga tepi kain orang dan elak daripada berkata-kata yang tidak baik.

“Alahai duduk diam-diam kalau tak ada benda baik nak cakap, jaga diri sendiri, doa untuk diri sendiri, cermin diri sendiri dulu sebelum nak judge orang.

“Apa dia nak buat itu urusan dia, tahun 2023 dah ni. Dah dah la duduk bawah tempurung, buka minda jadi orang yang lebih positif sikit.

“Mind your own business, mendoakan lebih baik daripada mengata,” katanya.

Maya Basir