Categories: SelebritiTrending

“Tak Ada Yang Perfect” – Makeup Nikah Watie Dibandingkan Dengan Janna Nick, Alha Alfa Tampil Beri Respons!

Usahawan dan jurusolek popular, Datuk Alha Alfa tampil memberi respons apabila ada individu yang membandingkan hasil solekannya.

Untuk makluman, Alha merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menyolek Watie Hanifiah pada hari pernikahannya dengan pelawak Shuib pada 23 Jun lalu.

Namun begitu, ada individu membandingkan hasil solekannya dengan solekan pelakon Janna Nick yang disolek oleh jurusolek Thailand, Barbara Beer.

Tidak cepat melatah, Alha tampil menyatakan bahawa tidak ada benda yang sempurna di dalam dunia ini dan dia percaya itu adalah rezeki yang diberi Allah SWT.

“Alaaa takde hal la, nak kata buruk ke, tak naik seri ke apa.

“Kita percaya pada rezeki Allah. Tak ada benda perfect dalam dunia ni.

“Saya makhluk yang lemah, saya akui,” katanya.

Walaubagaimanapun, ramai yang memuji hasil solekan Alha yang mengenakan solekan ala Barbie untuk Watie.

Atiqah Johari