“Ketiak Dia Lagi Flawless Dari Muka Aku” – Netizen Kagum Dengan Ain Edruce

Haa, ini adalah statement daripada salah seorang followers pelakon dan pengacara, Ain Edruce. Mana taknya, gambar ootd yang dimuat naik oleh Ain menerusi laman instagram miliknya itu betul-betul mencuri perhatian netizen ketika beliau sedang menikmati percutiannya di Thailand baru-baru ini.

Rata-rata followers pelakon siri sitkom Jenaka Kampung Kalut ini memuji cara pelakon ini menjaga kebersihan dirinya.

Menjaga kebersihan itu kan amat digalakkan. Terutama bila anda seorang artis. Kenalah jaga kebersihan dan penampilan tidak kira dengan cara apa sekalipun. Betul tak?

Apa-apa pun, Ain tetap stylo dalam apa jua fesyen yang digayakan. 

 

Salma Syahbuddin