Tak Tahan Sikap Diva Meghan Markle, Pembantu Peribadi Letak Jawatan?

Selepas enam bulan berkhidmat sebagai pembantu peribadi Duchess Of Sussex, Melissa Toubatati akhirnya meletakkan jawatan.

Memetik laporan Mirror Online, wanita yang sudah lama berkhidmat untuk keluarga diraja Britain itu dikhabarkan tidak gembira dengan tuntutan tugas terbarunya.

Dalam diam, beliau menyerahkan notis letak jawatan namun punca sebenar pemergian dalam keadaan tergesa tidak didedahkan.

Menurut sumber dipercayai, Melissa sangat tertekan dengan permintaan tugasan daripada Meghan Markle yang memintanya melakukan macam-macam sehingga dirinya tertekan.

” Dia seorang yang profesional dalam menjalankan tugas namun dia perlu membuat keputusan. Lebih mudah agar kedua-duanya membawa haluan sendiri.

“ Selain berbakat besar, dia memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan dengan perkahwinan diraja.  Melissa pasti dirindui ramai pihak di istana,” kata sumber.

SGMS Faida