Featured By: Halimey Zamal December 23, 2022 @ 5:14pm

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit.

@wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan kami selamat amin. #misibanjir #truck #baktikasihmalaysia #fyp #foryoupage #foryou ♬ original sound – KimmyyyK

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, Wak Doyok bersama pasukannya sedang berada di dalam perjalanan menaiki kenderaan model Raptor F-150 bagi mengetuai misi banjir.

“Saya sebagai Presiden Persatuan Bakti Kasih Malaysia, mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan kami selamat,” tulis Wak.

Terdahulu, Wak mengaku dia sangat menyayangi kenderaan miliknya itu sehingga tidak sanggup membawa keluar untuk dinaiki ketika waktu hujan.

Menjengah ruangan komen, netizen memuji Wak yang lebih mengutamakan kebajikan mereka yang memerlukan berbanding kenderaan kesayangan dan ada juga yang teruja melihat kenderaan unik tersebut.

“Raptor dia menggerunkan.

“Semoga Raptor Wak dapat beri manfaat untuk mangsa banjir.

“Wak Doyok dah insaf dulu sayangkan kereta dia kalau hujan tak keluar. Alhamdulillah terbaik Wak, gunakan sebaiknya manfaat pinjaman yang Allah berikan,” komen netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 309,000 tontonan dan lebih 31,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
Trending Mon, 11 Jan 2021

“Masing-Masing Ada Cara Sendiri” – Aina Abdul Komen Isu Dibandingkan Dengan Ernie Zakri

Siapa kat sini tak sabar nak tunggu performance Ernie dan Aina di AJL 35 nanti?

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

12 tahun kekal bersama, apa rahsianya?

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Perut Berisi, Suami Kantoikan Sharifah Sakinah Sedang Hamil?

Wahh betul ke ni? Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

‘Dulu Saya Marah Bila Dia Muat Naik…Tapi Sekarang…’ Ifan Mohon Netizen Kongsi Gambar Arwah Isteri

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dylan Sahara. Semoga Ifan terus kuat dalam mengharungi ujian hebat ini. Semangat terus!