Khai Bahar ‘Pilih’ Pelakon Wanita?

Penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana bakal digandingkan sebagai teraju utama sebuah drama yang dijangka memulakan penggambaran pada hujung bulan ini.

Menurut Khai, sebelum ini dia kurang pasti dengan keputusan untuk menceburi dunia lakonan namun mengambil keputusan untuk mencabar diri.

“Sebelum ini, keinginan untuk mencuba bidang berkenaan sememangnya ada.

“Berikutan ingin mencabar diri, saya cuba gapai impian berlakon di televisyen. Lagipun, menerusi drama terbabit, saya digandingkan bersama Kak Nana (panggilannya untuk Siti Nordiana).

“Jadi, gementarnya agak kurang kerana kami sudah ada keserasian dan saling mengenali.

“Jika ditawarkan bergandingan dengan pelakon wanita lain, mungkin saya perlu memikirkannya banyak kali,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tambah Khai, dia yakin Nana akan membantunya jika ada kekurangan dalam persembahannya nanti.

Enggan menjadi pelakon asal boleh, Khai juga mengambil inisiatif untuk mengikuti kelas lakonan, bersama-sama Nana, bagi mempertajamkan kemampuan di depan kamera.

SGMS Enal