Khairul Aming Sanggup Bawa Laptop Masuk Toilet Demi Beli Tiket Coldplay.. Netizen Beri Respons Lucu: “Macam Tu Kami Rasa Bila…”

Konsert band antarabangsa terkenal, Coldplay bakal berlangsung 22November ini di Kuala Lumpur dan tiketnya telah mula dijual sejak semalam.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming turut tidak terkecuali ‘berperang’ untuk mendapatkan tiket konsert tersebut.

Apa yang menarik perhatian dalam kalangan netizen adalah foto yang dimuat naik Aming diambil dalam tandas.

“Pukul 12 tengah hari dapat 4 tiket standing. Walaupun que dalam toilet dari pagi dapat jugak beli,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat Aming, malah ada yang menyamakan situasi beratur membeli tiket Coldplay dengan situasi cubaan membeli Sambal Nyet milik Aming yang sentiasa habis stok.

“Begitu la Ming rasanya berperang sambal awak. Sebab saya dah selalu practice beli sambal abang, saya dapat beli ticket bang,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana