Satukan Peminat Kek & Muzik, Universal Music Malaysia Berkolaborasi Dengan…

Jenama penyedia makanan dan minuman tempatan, Secret Recipe telah berkolaborasi bersama Universal Music Malaysia khas untuk peminat kek dan muzik.

Kolaborasi menarik antara dua jenama bertujuan untuk memukau serta membuktikan bahawa muzik yang hebat boleh dinikmati bersama juadah yang lazat.

Bagi mempromosikan kolaborasi ini, penyanyi-penyanyi baharu yang berbakat dari syarikat Universal Muzik Malaysia sendiri menghiburkan penonton ketika majlis sidang media berlangsung.

Antara penyanyi yang hadir dan menghiburkan penonton ialah Athalia, Bella Astillah, Meer Nash dan juga Yonnyboii.

Tujuan lain kolaborasi ini juga adalah untuk menjadi platfrom kepada artis tempatan menyerlahkan lagi bakat mereka di samping mempromosikan hidangan tempatan dan juga turut menampilkan cef selebriti Anis Nabilah.

Anis berperanan sebagai pencetus idea untuk mencipta resipi baharu seperti tiga variasi Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik dan dua minuman unik iaitu Kurma Calamansi Fizz serta Ice Blended Onde-Onde untuk melengkapkan pilihan selera.

Menu bermusim ini kini dilanjutkan sehingga Julai 2023 gara-gara penerimaan di luar jangkaan.

Menurut Pengarah Urusan Secret recipe, Patrick Sim, mereka berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan jenama antarabangsa dalam industri.

“Kami berkongsi aspirasi serta nilai-nilai yang sama untuk sentiasa kekal unik buat rakyat Malaysia. Diberi peluang berkongsi pentas bersama Universal Music Malaysia merupakan satu pengalaman yang hebat dan saya harap Kerjasama ini akan terus berkembang dan kami dapat memberikan lebih banyak kempen menarik ke pentas. Ini sejajar dengan visi kami untuk meletakkan aneka rasa untuk dicuba oleh semua,” jelasnya.

Manakala menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia pula, kolaborasi ini telah menaikkan tanda aras buat mereka mereka menjadi lebih tinggi dan akan ada lebih banyak kempen-kempen hebat serta pengalaman menarik di masa depan.

Menerusi kolaborasi itu juga, penyanyi rap, Yonnyboii berkesempatan untuk membuat sebuah kad ucapan khas Hari Ibu edisi-terhad yang mengandungi senarai lagu sempena Hari Ibu untuk pelanggan Secret Recipe yang membeli kek penuh sempena Hari Ibu.

Izzi Farhana