Kilafairy Tak Kisah Kahwin Lambat

Pelakon dan penyanyi Kilafairy mengaku tidak pernah tertekan melihat rakan-rakan rapat sudah mendirikan rumah tangga namun dirinya masih solo.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa memberitahu dia menyerahkan urusan jodoh di tangan takdir.

“ Jujurnya saya masih tiada teman lelaki jauh lagi calon suami. Walaupun bersendiri di saat kawan-kawan majoriti sudah berkahwin, saya okay.

“ Saya beruntung kerana mama tidak pernah mendesak saya untuk berkahwin cepat. Agaknya sebab mama pun kahwin di usia 30 tahun,” kata Kila yang kini berusia 27 tahun.

Tambah Kilafairy, dia menyifatkan dengan kemunculan produk Kilafit ini, kehidupannya sudah terisi.

“ Ada hikmah saya tiada teman lelaki buat masa ini. Saya semakin sibuk dengan perniagaan yang semakin berkembang.

“ Kalau dulu saya ada sasaran umur, tetapi sekarang saya mahu fokus kepada diri sendiri dan keluarga. Insha Allah, mama juga banyak beri sokongan dan menasihatkan untuk membeli rumah sebelum berkahwin,” akhirinya.

SGMS Fas