Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai.

Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai.

Walaupun jarang dilihat di khalayak ramai namun beberapa foto yang tular di media sosial mengejutkan orang ramai melihat penampilan Putera Abdul Wakeel yang dahulunya masih kecil tetapi kini telah berubah apabila menginjak usia remaja.

Malah, ramai yang  mengatakan Putera raja itu bakal mengikut jejak langkah kekandanya, Pengiran Muda Abdul Mateen  apabila putera itu meningkat dewasa kelak.

Beberapa foto yang tular juga menunjukkan adiknya, Pengiran Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah hadir bersama di satu majlis. Malah, Pengiran Puteri Ameerah Wardatul  juga sering mencuri tumpuan kerana mewarisi kecantikan ibunya, Azrinaz Mazhar Hakim.

Untuk rekod, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menikahi bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim pada tahun 2005 sebelum berpisah pada tahun 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Putera Abdul Wakeel dan Pengiran Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Pengiran Muda Abdul Wakeel menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei (Jerudong International School Brunei).

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”