Dapat Result 5A Untuk SPM 2020? Fuhhh…. PU Riz Nak Bagi Hadiah RM300

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Haris, 26, mengajak mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri untuk terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.

“Assalamualaikum. Tahniah pertamanya buat adik-adik yang dah terima keputusan SPM 2020. Jadi kepada adik-adik yang paling kurang dapat 5A, boleh DM saya untuk kita beri sedikit hadiah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Menurut laporan mStar dan Harian Metro, Haris mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

Dalam masa sama, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang, esok bagi berkongsi tips pembelajaran.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”