Featured By: Attiqah Mohd June 11, 2021 @ 6:43pm

Dapat Result 5A Untuk SPM 2020? Fuhhh…. PU Riz Nak Bagi Hadiah RM300

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Haris, 26, mengajak mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri untuk terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.

“Assalamualaikum. Tahniah pertamanya buat adik-adik yang dah terima keputusan SPM 2020. Jadi kepada adik-adik yang paling kurang dapat 5A, boleh DM saya untuk kita beri sedikit hadiah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Menurut laporan mStar dan Harian Metro, Haris mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

Dalam masa sama, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang, esok bagi berkongsi tips pembelajaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Jul 2022

Hadir Majlis Graduasi, Dua Anakanda Agong Terima Ijazah Di Universiti Terbaik United Kingdom

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi dua anakanda di University of London di Egham, Surrey, United Kingdom

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Trending Thu, 14 Apr 2022
Hiburan Wed, 2 May 2018

Zayn Malik Wants Gigi Hadid Back but She’s Hesitant

So are they getting back together or not?

Trending Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

BTS’ RM Stands for Ringgit Malaysia?

He be making them money fly.

| Live TV