Hiburan By: Del14 January 27, 2020 @ 10:24am

Lupakan Coach Yin, Sajat Fokus Bisnes Barang Kemas

Usahawan kosmetik Nur Sajat kini mengembangkan perniagaan barang kemasnya di Johor Bahru setelah kedai pertamanya, Nur Sajat Gold di Shah Alam mendapat sambutan ramai.  Kedai itu dikatakan hampir 70% siap dan akan dibuka tidak lama lagi. 

Sajat juga mempunyai satu cawangan pusat kecantikan di Johor Bahru (JB) dan menurutnya kedai emas itu terletak di lokasi yang sama. 

“Sajat asalnya memang dah ada kedai di Johor Bahru iaitu pusat kecantikan Sajat yang dah beroperasi hampir 5 tahun. 

“Kebetulan kedai di bawah pusat kecantikan yang Sajat usahakan tu dah pindah. Jadi, Sajat rasa ‘why not?‘.  Lagipun bisnes di sana bagus dan banyak permintaan dari warga JB dan Singapura. 

“InshaAllah, kedai emas Sajat di JB akan dibuka pertengahan Februari tahun ini. Mungkin Sajat akan adakan launching pada 20 atau 25 haribulan nanti,” ujar Sajat kepada XTRA ketika ditemui pada majlis akikah dan tahlik anak bongsu jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

Baru-baru ini kecoh apabila Sajat dan pasangannya, Coach Yin masing-masing memuat naik entri di Instagram Story  yang menunjukkan terjadinya perbalahan di antara mereka.

Baca: Coach Yin Accused Of Domestic Violence? Or Mere Marketing Strategy?

Apabila ditanya mengenai statusnya dan apa sebenarnya yang terjadi di antaranya dengan bekas kekasih itu, Sajat hanya menjawab dengan tenang. 

“Sajat sekarang memang solo.  Kebetulan saya pun nak buka kedai baru dan sebagainya jadi saya sibukkan diri dengan benda-benda macam tu. 

“Sebenarnya, hari sebelum Sajat nak balik ke Malaysia dari Amsterdam, saya terjatuh dekat apartment milik staff Dato’ Aliff sebab tangga apartment tu menjunam.  Hasilnya, memang ada luka dan lebam dekat lutut dan pergelangan tangan.

“Kembalinya saya ke Malaysia, berlaku sedikit salah faham antaran saya dan ‘si dia’..mungkin dia tertekan dan tak sengaja buat begitu.

“Pada mulanya, memang Sajat nak buat laporan polis tapi bila fikir balik, kita semua dah matang. Jadi, Sajat cakap dengan dia…kita selesaikan cara baik..industri ni kecil. Mana tahu satu hari nanti terserempak dengan dia. Dia pun baik dengan anak-anak Sajat. Dia ada baik dia, Sajat yang tak boleh.

“Bengkak-bengkak ni dia akan hilang..tapi bengkak di hati ni yang kekal abadi,” jawab Sajat sambil tertawa. 

Dalam pada itu, Sajat berkata buat tahun 2020, dia akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan barang kemasnya. 

“Tahun 2020 ni Sajat memang nak fokus kepada perniagaan emas.  Sajat akan hentikan produksi untuk produk penjagaan kulit buat sementara waktu sebab ekonomi pun tak menentu, jadi tak boleh lah nak buat semua benda. 

“Baik saya fokus satu-satu..takut kalau nak buat segalanya, semua pun tak tercapai,” katanya lagi. 

Oleh: Fas

Kredit Foto: Instagram @nursajat23

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Izara Aishah Tutup Ruangan Komen,

Izara Aishah Tutup Ruangan Komen, Tidak Mahu Baca Fitnah

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik. Teaser filem ini bakal berada di laman Youtube Ejen Ali bermula 30 Mac ini!

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Mira Filzah Beri Hint Bercinta Dengan Zizan Razak

Mira juga berpendapat bahawa, beliau tidak mahu cerita yang sama mengenai dirinya dan Zizan Razak terus dikaitkan dan dijaja di dada-dada akhbar

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Kekasih Lama Tagih Semula Cinta Che Puan Juliana Evans…

Wow! Beraninya kekasih lama datang semula kan?

Featured Mon, 22 Nov 2021

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Pekerja ‘Offshore’ Yang Terkejut Dengan Kehadiran Ular Di Pelantar Minyak

Bekerja di pelantar minyak mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh membawa maut. Malah, keadaan di pelantar minyak itu sendiri terdedah kepada bahaya yang perlu dihadapi oleh pekerja pelantar setiap hari. […]

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Nikah Ikut Prosedur Fattah Amin dan Fazura

Fattah Amin dan Fazura mengikut prosedur bernikah seperti orang biasa dan wakil JAWI juga turut ada

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Ada Yang Tegur Kerana…” – Amir Masdi Selesa Dengan Rambut Panjang

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Sakiti, Amir Masdi, 25, mengakui dirinya selesa dengan imej berambut panjang. Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, ramai peminat turut bersetuju dengan imej yang dibawanya sekarang. “Ada […]

| Live TV