Selebriti By: Fatin Nurain May 9, 2022 @ 2:54pm

Wang Simpanan RM7,000 Idzham Ismail Lesap Dari Akaun Bank Isteri

Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa kecewa apabila wang simpanan berjumlah RM7,000 lesap dari akaun bank isterinya, Situ Nur Abilah Shamsudin.

Menurut Idzham, dia dan isterinya menyedari kehilangan wang dalam akaun bank itu pada Khamis lalu.

“Pada 29 April, isteri saya maklumkan bahawa dia tak dapat mengakses akaun banknya menerusi aplikasi perbankan di telefon.

“Keesokan harinya, sewaktu nak buat pembayaran untuk berbuka puasa, kad debit isteri saya tak boleh digunakan sebab dah disekat.

“Bila kami hubungi pihak bank, mereka minta kami hadir ke bank pada Isnin untuk selesaikan urusan pertukaran kad. Kebetulan, diumumkan kita akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.

“Jadi, pada hari Raya keempat (Khamis), barulah kami ke bank di Pulau Pinang dan apabila dapat mengakses semula aplikasi perbankan, baru isteri saya tersedar bahawa RM7,000 dah hilang,” jelasnya.

Selain itu, pelakon itu mendakwa transaksi yang dibuat juga sangat mencurigakan.

“Bila kami lihat transaksi bank, dalam masa sehari, ada sekitar lapan hingga sembilan transaksi yang dibuat ke Amerika Syarikat.

“Ada transaksi berjumlah RM1,000 dan ada juga RM2,000. Memang sangat mencurigakan sebab kami tak pernah berkongsi data perbankan di mana-mana platform online,” katanya.

Bagi Idzham, jumlah RM7,000 itu adalah jumlah yang besar buat keluarganya kerana mereka telah mengumpulnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Bagi orang lain, jumlah itu mungkin tak banyak. Tapi, bagi kami yang berusaha mengumpul wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jumlah itu sangat besar.

“Menangis jugalah isteri saya bila dapat tahu apa yang berlaku. Kami dah buat laporan polis juga dan sekarang masih lagi menantikan sebarang informasi terkini.

“Pihak bank maklumkan, mereka akan hubungi kami pada Isnin. Memang harapan kami, wang itu dapat dikembalikan. Kalau sebaliknya, kami anggap sahaja itu bukan rezeki kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Nov 2023

Muncul Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Nur Fazura Struggle Nak Hafal Dialog – “Satu Page Pun Lembab”

Min serius tak sabar nak tengok Fazura berlakon drama ni mesti gempak!

Trending Tue, 17 Apr 2018

Dear Malaysians, You NEED to Know These 10 Things When You Vote

Even people whom have voted before should take note of these things.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Trending Thu, 3 Jan 2019

‘Fuh, Berhabuk English Budak Ni’, Aishah London Curi Tumpuan Netizen

Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan…

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

‘Raya Ni Asyik Dapat Soalan Pasal Kahwin’- Azira Shafinaz Mula Stress?

Jodoh kan aturan Allah…sampai masa nanti kahwinlah dia. Ye tak?

Featured Wed, 25 Jan 2023

Wajah Adik-Beradik Seiras, Lockscreen Syida Melvin Berjaya Dibuka Guna Wajah Syafiqa Melvin

Usahawan dan model, Syida Melvin terkejut apabila ‘lockscreen’ telefonnya boleh dibuka oleh kakaknya, Syafiqa Melvin melalui Face ID. @bonnorhidayah dah kata memang muka depa sama sampai lockscreen pun tak boleh beza muka sama 🤣 #adikberadikthemelvin […]

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Thu, 10 Mar 2022