Trending By: SGMS Faida June 24, 2018 @ 1:53pm

Pemandu Grab Meninggal Dunia, Dipercayai Dijerut

Al- Fatihah buat pemandu grab, Aiman Nosri yang ditemui mati di dalam kereta miliknya, malam tadi.

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan Taman Selayang Baru apabila mangsa ditemui pada pukul 8.20 malam dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihak polis menerima aduan daripada bapa tiri mangsa yang mengatakan kereta lelaki itu ditemui di kawasan letak kenderaan Taman Selayang Baru.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama pengadu ke lokasi sebelum menemui mangsa dengan kesan melecet pada lehernya.

“Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan polis menjumpai dua buah telefon bimbit, namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan polis,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023

Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Ish ish siapa lah yang buat cerita tu? Happy je suami isteri ni

Featured Sat, 21 Jan 2023

Beli Barang Bundle Di Pasar Pagi, Netizen Suka Lihat Aliff Syukri Tidak Ujub & Riyak

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dipuji waragenet kerana tidak riyak dengan hanya ‘shopping’ di pasar pagi. @aliffsyukriterlajaklarisCuti-cuti melayan anak-anak di pasar pagi ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian Aliff, dia suka membeli barangan

familuv Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pembantu… Awal Ashaari Belajar Sabar, Rasa Lebih Dekat Dengan Anak

Pengacara Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang anak perempuannya tanpa pembantu ketika sedang bercuti di London. Menerusi hantaran di Instagram, Awal menceritakan kehidupan tanpa pembantu telah mengajarnya erti kesabaran dan turut membuatkan dirinya lebih

Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Featured Tue, 21 Mar 2023

Abang Stacy Meninggal Dunia

Salam belasungkawa buat Stacy sekeluarga😐

| Live TV