Hiburan By: Maya Basir February 15, 2024 @ 1:24pm

“Mereka Tak Mengenali Nama Saya Pun…” – Anak Perempuan Aliff Syukri Dedah Kawan Suka Mengejek & Tikam Belakang

Anak perempuan kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mendedahkan sikap segelintir rakan-rakannya.

Menerusi perkongsiannya di TikTok @shahidadherbs2, Qadejah meluahkan rasa syukur kerana mempunyai kelebihan sebagai anak usahawan yang berjaya dan terkenal di negara ini.

“Ramai orang tanya saya, apakah kesukaran menjadi seorang anak kepada usahawan terkenal?

“Saya faham saya mempunyai banyak kelebihan dan saya sangat bersyukur dengan kelebihan yang diberikan,” ujarnya.

Namun, anak kedua daripada enam adik-beradik ini mendedahkan tidak semua rakannya ikhlas hendak berkawan dengannya.

“Ada sesuatu yang saya sedang hadapi dan dapat rasakan tetapi ianya susah untuk digambarkan.

“Orang nak berkawan dengan kita, tetapi mereka akan mengejek sesuka hati. Mereka akan tikam belakang.

“Kebanyakkan mereka yang saya ingin berkawan tak mengenali nama saya tetapi mereka kenal saya hanya sebagai anak Aliff Syukri.

“Mereka kata, ‘sudah pasti saya ingin berkawan dengan dia sebab dia anak Aliff Syukri’,” luahnya.

Sementara itu, ibu kepada Qadejah iaitu Datin Seri Nur Shahida turut menitipkan nasihat buat puterinya di ruangan kapsyen video tersebut.

“Sabarlah wahai Qadejah. Dunia ini sememangnya penuh dengan asam garam kehidupan. Yang penting kita kena pandai pilih kawan.

“Jangan berkawan disebabkan ada kepentingan. Biar yang ada di sekeliling kita ni yang betul betul ikhlas dan jujur je,” tulis ibunya.

@shahidadherbs2 Luahan hati anak dara Aliff Syukri . Sabar lah wahai Qadejah . Dunia ini sememangnya penuh dengan asam garam kehidupan. Yang penting kita kena pandai pilih kawan. Jangan berkawan disebabkan ada kepentingan. Biar yang ada disekeliling kita ni yang betul betul ikhlas dan jujur je. Apa pun kalau nak rehatkan fikiran, nak tenang, nak healing boleh lah berkunjung ke @Official Sugeh Resort ♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Trending Fri, 6 Aug 2021
Featured Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob

Setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah kek perkahwinan buat mempelai

Trending Thu, 29 Nov 2018

Hubungan Meghan Markle- Kate Middleton Dingin?

Rata-rata media antarabangsa melaporkan hubungan dua wanita dalam keluarga diraja ini kini tidak sehaluan. Betul ke ni?

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Featured Thu, 10 Nov 2022

Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Mungkin rezeki untuk dapat cahaya mata sampai disini sahaja