“Kita Pakai 2 Lawyer Lah… Ke Pakai 10 Lawyer Macam Siti Bainun?” – Puteri Sarah Upah Peguam ‘Settle’ Kes Wanita Kaki Sondol

Selepas beberapa pendedahan dibuat oleh isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkenaan status dan punca keretakan rumahtangganya, kini Sarah dilihat mengambil tindakan untuk menggunakan khidmat dua orang peguam bagi menyelesaikan kes nya ini.

Perkara itu dikongsi Sarah menerusi  hantaran yang di muat naik di Instagram Story miliknya.

Sementara itu, Sarah juga sempat berkongsi tangkap layar berupa teks yang dihantar oleh Ira Kaza kepadanya.

“Screenshot saya dapat sembang macam pandai. Awak tak tahu pun lagi dunia sebenar. Jangn nanti kena declare muflis tinggal bawah jambatan. @legalismy tengok dia kutuk you. Jom lawan,” tulisnya.

Terdahulu, Sarah ada memaklumkan bahawa beliau pernah membuat laporan polis terhadap Ira dan bakal membawa perkara ini ke mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN:“See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

Ia susulan tindakan Ira Kaza yang mengugut dan mengganggunya menggunakan akaun palsu beserta pelbagai hantaran mesej yang menyakitkan hati sejak empat tahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

Salma Syahbuddin