“Kita Tak Akan Dapat Puaskan Hati Semua Orang” – Zahirah Macwilson Kongsi Tips Tepis Isu Negatif

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson berkongsi caranya memperolehi kekuatan dalam menepis isu negatif.

Menerusi video tular di TikTok, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini berkata dia tidak membiarkan perkara negatif memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Pada Zahirah, perkara paling penting dalam kebahagiaan diri dan orang sekelilingnya.

“Jangan sesekali membiarkan perkara negatif orang lain, menjejaskan kesihatan mental.

“Tak kisah you buat macam mana sekali pun, kita tak akan dapat puaskan hati semua orang.

“Jadi apa yang penting ialah fikiran ketenangan dan orang di sekeliling anda.

“Asalkan mereka gembira, dan kita bahagia, itu sahaja yang penting,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Zahirah itu.

Malah, ada segelintir netizen yang menggelarkannya seorang wanita ‘beauty with brain’.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 388,000 tontonan, 30,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

@mixy.beauty

Self-confidence: Beauty begins from within.. #Mixy #MixyBeauty

♬ original sound – Mixy Beauty – Mixy Beauty

Terdahulu, Zahirah tidak henti diganggu selebriti sensasi, Fathia Latiff sehingga memuat naik foto bekas kekasih, Aiman yang merupakan suami aktres tersebut.

Selain mengkritik wajah Zahirah seperti bibik, Fathia turut mengejek cara percakapannya serta meminta Aiman untuk memohon maaf secara terbuka.

Artikel Berkaitan: “Will Stop After You…” – Fathia Latiff Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Daripada Aiman Hakim

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “I Really Thought She Is…” – Masih Tak Berpuas Hati, Fathia Latiff Perli Gaya Zahirah Macwilson Cakap Bahasa Inggeris?

Aqilah Paharuzi