Selepas mengumumkan berita pertunangannya dengan usahawan, Watie Hanifiah kepada umum pada Sabtu, pelawak dan penyampai radio popular, Shuib mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan netizen.

Ia selepas pelawak itu tampil memberikan komen balas menerusi hantaran yang dimuat naik kekasih hatinya pada Ahad.

 

Menerusi perkongsian tersebut, Watie dilihat memuat naik foto menunjukkan tangan kanannya yang dihiasi dengan inai berwarna perak dengan jari manisnya kini telahpun tersarung cincin tanda dia kini sudah menjadi tunangan orang.

Malah, menerusi ruangan kapsyen, dia bersyukur terhadap setiap percaturan dari Allah untuk dirinya.

“Percaturan Allah itu adalah sempurna dalam setiap perkara.

“Kita tidak selalu memahami hikmah disebaliknya tetapi kita perlu belajar untuk mempercayainya,” katanya.

 

Bagaimanapun, tindakan Shuib meninggalkan komen pada hantaran tersebut menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai  menunjuk-nunjuk.

Malah, masih ramai yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan kenyataannya sebelum ini yang tidak akan mencari pengganti arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 8 Ogos 2021 dalam masa terdekat.

 

Terdahulu, majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan pihak perempuan menerima tiga dulang hantaran daripada Shuib berupa manisan dan sirih junjung berbalas lima dulang iaitu, samping, sirih junjung, buah-buahan, kasut dan manisan.

Pasangan itu juga bakal diijabkabulkan pada 23 Jun depan.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissudddin pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan  empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

 

Kredit Foto: Budak Tadika

Salma Syahbuddin