Diejek Gemuk & Buruk, Madammu Tetap Tenang Nikmati Fasa Kehamilan – “Selama Ni Nampak Cantik Kurus Sebab Filter”

Usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau Madammu tampil berkongsi tohmahan yang kerap diterimanya dari netizen kebelakangan ini gara-gara perubahan fizikalnya sepanjang hamil.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Madammu turut mempamerkan bentuk badannya sebelum dan ketika hamil diiringi kecaman netizen yang boleh dikatakan keterlaluan.

Antara kecaman yang diterimanya adalah diejek gemuk, cantik kerana filter, mempunyai rupa paras yang buruk dan banyak lagi.

Biarpun perit untuk diterima oleh sesetengah pihak, pengasas produk kosmetik Noir itu menyatakan dirinya tetap positif dan tenang menikmati fasa kehamilan tersebut.

“Thank you semua. Tapi Madammu just happy & enjoy dengan journey Pregnancy Madammu,” tulisnya.

@madammu1 Thank you semua. Tapi Madammu just happy & enjoy dengan journey Pregnancy Madammu. 💜 #34weekspregnant ♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Hasil tinjauan diruangan komen, rata-rata pengikutnya tampil memberikan kata-kata semangat kepada usahawan itu.

Malah, ada juga yang kagum dengan sikap Madammu yang tidak mudah patah semangat biarpun dikecam.

Fatin Nurain