Penampilan Baharu Naufal Azrin Pakai Rantai, Sarung Baju Terdedah Nampak Dada Buat Netizen Tak Senang Duduk

Tular sebuah foto penampilan penyanyi Naufal Azrin yang memakai rantai dan mengenakan pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.

Foto tersebut telah dikongsi oleh syarikat rakaman Naufal, Ber Good Music menerusi laman sosial Instagram.

Difahamkan, Naufal tampil dengan penampilan sebegitu kerana dia sedang menyertai sebuah program nyanyian.

Penampilan penyanyi lagu Casablanca itu menjadi bualan kerana pada asalnhya dia terkenal sebagai seorang yang membawa imej yang sopan kerana mempunyai latar belakang sekolah tahfiz.

Netizen membanjiri ruangan komen hantaran terbabit dengan kritikan dan kekecewaan.

“Nak Naufal Azrin yang dulu.

“Peh semakin slay. Tapi tulah kenal Naufal dulu bukan macamni. Mana yang kenal dia sebelum viral, tahulah dia macam mana.

“Apa-apa kita doakan yang terbaik untuk dia dan kita sekali. Iman kita naik turun. So doakan semoga Allah sentiasa bersama kita ke jalan yang benar.

“Kalau tengok kepada pengurusan Naufal ni nampak macam jaga batasan tapi kenapa biarkan budak yang dulu tahfiz dan imej yang baik jadi macam ni.

“Nak berfesyen takde masalah cuma rasanya Naufal dan pengurusan dia tahu macam rantai, gelang tu bukan aksesori untuk lelaki yang mana menyerupai wanita,” tulis netizen di komen.

Izzi Farhana