[VIDEO] Netizen Puji Matin Anak Shuib Kutip Makanan Bersepah Bawah Meja Di Kedai Makan – “Bagus Dia Terapkan & Ingat Didikan Siti Sarah”

Anak kepada pelawak sensasi Shuib iaitu Ariq Matin mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Video tersebut memaparkan Matin sedang mengutip makanan yang tertumpah di bawah meja oleh adik bongsunya, Ayash Affan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan bangga terhadap Allahyarhamah Siti Sarah kerana memberi didikan terbaik buat anak-anaknya itu.

Ramai dalam kalangan netizen mengimbau semula video dimana Siti Sarah mengajar anaknya, Matin untuk mengutip makanan semula sekiranya bersepah.

Tindakan spontan Matin itu meraih pujian ramai seraya mendoakan anak kecil berusia 8 tahun ini membesar menjadi anak soleh yang menyenangkan ramai orang.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 1.2 juta tontontan, 51,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Aqilah Paharuzi