Keadaan Mental Semakin Merosot, Yasin Sulaiman Dirujuk Hospital Bahagia

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak atas kesihatan mentalnya yang semakin merosot untuk diperiksa oleh pakar psikiatrik.

Keputusan tersebut adalah mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin oleh Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad

Difahamkan, pemeriksaan perlu dilakukan untuk memastikan pelantun lagu popular Kerna Dia itu layak dibicarakan atau tidak.

“Pembelaan mengemukakan lima laporan perubatan antaranya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Kecelaruan Bipolar Tahap 1 Sejak 2007.

“Laporan Pusat Pakar Universiti Malaya (USMC) menunjukkan anak guam saya pernah diserang ‘simptom manic’ yang boleh membayakan dirinya.

“Laporan terkini juga mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawanya,” ujar peguam belanya, Ariff Azami Hussien.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi