Kongsi Berita Hamil Bukan Untuk Menunjuk-Nunjuk, Uqasha Senrose Hairan Dengan Sikap Netizen Suka Menyibuk?

Pelakon jelita, Uqasha Senrose akui terkilan dengan sikap segelintir netizen yang mendakwa dia dan adik-beradik lain sukar untuk mendapatkan zuriat.

Memetik laporan Harian Metro, Uqasha juga hairan orang luar begitu sibuk tentang perancangan zuriat keluarga mereka.

“Kalau nak ikutkan kami semua baru beberapa tahun berkahwin. Saya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose baru beberapa tahun melayari bahtera rumah tangga.

“Saya tak faham kenapa orang luar begitu sibuk dengan kehidupan peribadi kami. Mestilah masing-masing ada perancangan.

“Saya sendiri pun apabila dapat tahu sedang hamil, saya tidak terus hebahkan kepada orang luar sebab tak nak stres.

“Bagi saya, soal jodoh, ajal, maut dan rezeki ini pada Allah yang sudah aturkan apa terbaik untuk kita semua,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk memberitahu umum tentang berita kehamilan anak pertama mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin menjawab pertanyaan pengikut di media sosial.

“Sebelum ini boleh dikatakan setiap hari orang tanya adakah saya sedang hamil, tapi saya diam saja.

“Cuma pada fasa sekarang saya bersedia untuk kongsikan berita ini supaya orang dah tak tanya lagi.

“Ramai yang tanya kebersediaan saya untuk bergelar ibu tak lama lagi, tapi saya tiada jawapan untuk soalan itu,” ujarnya.

Ahad lalu, Uqasha berkongsi berita hamil dan dijangka bersalin pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Pernah 2 Kali Keguguran, Uqasha Senrose Kini Hamil Anak Pertama! – “Jujur Sedih Bila Orang Cakap…”

Sebelum ini, Uqasha mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama keguguran semas mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Untuk rekod, Uqasha dan suami, Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Maya Basir