Categories: HiburanSelebriti

Kongsi Foto Berpenampilan Seperti Wanita Zaman 80-an, Ruangan Komen Nabila Huda Dihujani Pujian

Pelakon Nabila Huda tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas berkongsi fotonya berpenampilan seperti wanita pada zaman 80-an.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Nabila menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Nabila tampil berani mengenakan solekan berkening nipis serta ‘style’ rambut yang pernah menjadi ikutan para wanita pada era 80-an itu.

“She bertukar watak. Geramkan?,” tulisnya.

Terpegun melihat penampilan pelakon itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai respons berbaur pujian di ruangan komen.

Fatin Nurain