Categories: SelebritiTrending

“Doakan Saya Cepat Dapat Jodoh” – Fathia Latiff

Pelakon dan model, Fathia Latiff memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya berada di sebuah pejabat.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah dia meminta warganet dan peminat untuk mendoakannya agar cepat bertemu jodoh.

“Salam Jumaat semua!! Doakan saya cepat dapat jodoh aminn,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengaminkan serta memanjatkan doa buat Fathia agar bertemu dengan jodoh yang baik-baik.

Sebelum ini, Fathia pernah didakwa bercinta dengan sepupu kepada selebriti Neelofa iaitu Idham Khan apabila dia berkongsi sebuah video mesra mereka bersama.

Malah, sejak beberapa tahun lepas Fathia juga sering dikenenkan dengan beberapa orang selebriti lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Momen Usik-Mengusik, Fathia Latiff Didakwa Bercinta Dengan Sepupu Neelofa? Netizen Puji Nampak Serasi! – “Comellah You…”

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Foto Pakai Topi, Nampak Telinga & Rambut… Netizen Sindir: “Kata Nak Syahid Kat Palestin, Macam Mana Ni?”

Artikel Berkaitan: Tular ‘Live’ Uqasha Senrose Berbalah, Fathia Latiff ‘Warning’ Rakan Baik ‘Mangsa Buli’ – “Jangan Rasa U Boleh Attack Orang, Nak Try Gaslighting Ke?”

Atiqah Johari