“A Star for A Star” – Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nama Daiyan Trisha Diabadikan Pada Satu Bintang

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada Jumaat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Daiyan dan dua sahabat baiknya dilihat meraikan hari jadinya secara bersederhana di rumahnya.

Selain menyambut dengan sebiji kek dan burger Ramly, sahabatnya itu menghadiahkan Daiyan sekeping sijil yang dibingkaikan dengan menamakan dirinya pada satu bintang di langit.

Bukan itu sahaja, bintang yang dihadiahkan itu juga mempunyai koordinat longitud serta latitud di langit.

“A Star for A Star. Never replaceable, always shining. Happy 30th Birthday,” ucapan yang ditulis pada sijil tersebut.

Menerusi hantarannya di Instastory pula, Daiyan kelihatan tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima hadiah tersebut.

Selain rakan selebriti seperti Azira Shafinaz, Uyaina Arshad dan Hun Haqeem, warganet juga turut menitipkan ucapan dan doa agar pelantun lagu Langit itu terus bersinar seperti bintang.

Maya Basir