Kongsi Foto Mesra Bersama Teman Lelaki, Tyra Kamaruzzaman Sudah Bertunang?

Pempengaruh dan usahawan Tyra Kamaruzzaman didakwa sudah bertunang dengan lelaki pilihannya, Emran Rijal, baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Tyra menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Tyra meluahkan rasa bahagianya kerana dapat mengakhiri tahun ini sebagai wanita istimewa dalam hidup lelaki itu.

”Ending my 2023 being a lover girl to the man of my dreams,” tulisnya.

Lebih menguatkan dakwaan, Emran turut memanggilnya sebagai tunangannya selepas pempengaruh itu berkongsi foto dirinya menerima jambangan bunga dan kad ucapan sempena ulang tahun kelahirannya, semalam.

Teruja dengan berita gembira itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

Fatin Nurain