Kongsi Foto Sedondon Bersama Teman Lelaki, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Afifah Nasir Naik Pelamin

Perkongsian pelakon Afifah Nasir mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Afifah memuat naik sebuah foto ketika menghadiri majlis aqiqah anak saudara perempuannya.

Apa yang menjadi tumpuan adalah foto tersebut memaparkan Afifah bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

Tampil segak berbaju sedondon, Afifah dan teman lelakinya nampak manis bersama sekali ketika menghadiri majlis tersebut.

Di ruangan kapsyen, adik kepada aktres Anzalna Nasir itu hanya meletakkan tanda emoji hati.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut meluahkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian manis tersebut.

Rata-ratanya menyatakan Afifah dan teman lelakinya sangat manis dan comel bersama dalam foto tersebut.

Malah, ada juga yang tidak sabar untuk menantikan hari bahagia pasangan sama cantik sama padan itu.

Khairil Khusyairi