“Bukan Main Lagi Langsi!” – Individu Wanita Beri Gelaran Bodoh & Tuduh Menzalimi Orang Lain, Ali Puteh Ajak ‘Jumpa’

Pelawak Ali Puteh berang apabila ada individu wanita tampil menuduhnya menggunakan duit orang lain untuk menjalankan perniagaan.

Malah, wanita berkenaan turut meninggalkan komen menerusi ruangan balas instagram miliknya dan menggelarnya dengan panggilan bodoh.

“Tahun 2024 masih ada lagi manusia begini. Masuk semata-mata nak komen.

“Okay, mudah… apa kata tak payah komen. Siapa boleh dapat nombor telefon atau alamat perempuan ini, bagitahu. Saya nak jumpa senang borak. Tengok depan-depan macam mana?,” katanya.

Tidak berdiam diri dengan tindakan tersebut, Ali yang juga adik kepada pelawak popular, Allahyaraham Abam ini memberi tempoh masa untuk individu berkenaan berjumpa dengannya di atas tuduhan fitnah yang diberikan.

“Saya tunggu samapai esok kakak DM saya dan jumpa saya untuk fitnah itu. Atau, saya buat laporan polis atas fitnah ini. Saya harap kalau suami akak ni tengok story ni, saya nak jumpa isteri abang. Sebab fitnah zalimm  dan guna duit orang untuk meniaga,” ulasnya.

Bukan itu sahaja, Ali atau nama penuhnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, turut mendedahkan foto dan perniagaan yang dijalankan wanita berkenaan menerusi hantaran di Instagram story miliknya.

“Saya masih tunggu dia DM tapi masih belum,” jelasnya.

Bahkan, di juga turut berkongsi beberapa hantaran yang dibuat wanita tersebut menerusi tangkap layar di platform sama.

“Bukan main lagi ye langsi! Dah fitnah aku, berlagak lagi. Tak apa, nanti habis berniaga sambal petai aku terus call. Jangan tak angkat!,” ujarnya.

Salma Syahbuddin