Kongsi Gambar Leona Di Masjid Al-Aqsa, Kenyataan Azhar Sulaiman Timbul Tanda Tanya Netizen? – “Jejak Kaki Tak Semestinya Memahami”

Baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terima kecaman netizen apabila mengenakan kostum seksi sempena sambutan Halloween seakan tidak menghormati sensitiviti yang berlaku di Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Gayakan Costume Bunny Seksi Nampak Dada, Netizen Kecam Leona

Terkini menerusi perkongsian di TikTok, Azhar berkongsi gambar Leona yang pernah berada di hadapan Masjid Al-Aqsa, Palestin.

“Atleast Leona pernah jugak jejak kaki dia kesana dan melihat sendiri the oppressions…

“Semoga Allah akan membuka hati kita semua,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kenyataan Azhar yang seperti mempertahankan tindakan anaknya itu.

“Statement macam apa ni?

“Sekalipun pernah menjejakkan kaki disana, tidak semestinya memahami dan menghayati apa yang berlaku dan dirasai oleh Palestinian.

“Kadang-kadang bukan semua pendapat kita perlu diluahkan,” komen netizen.

Maya Basir