Famili Duo 3: Didakwa Annoying Ketika Mengacara, Netizen Kecam Janna Nick? – “Your Gedikness Is Not Acceptable”

Pengacara dan pelakon Janna Nick sekali lagi menerima kritikan kurang enak dari netizen selepas melihat gelagatnya mengendalikan program realiti TV3, Famili Duo Musim Ketiga (FD3), semalam.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di aplikasi X, terdapat sesetengah netizen yang kurang senang dengan Janna yang dikatakan ‘annoying’ sepanjang mengacarakan program itu bersama hos gandingannya, Izzue Islam.

Malah, ada juga yang meminta agar pihak produksi menukar hos wanita itu dengan artis lain yang lebih profesional mengendalikan program itu.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji Janna mengacara program nyanyian itu dan pandai mengambil hati juri tetap, Ajai dan Mas Idayu yang ada kalanya serius ketika memberikan kritikan.

Sekadar info, FD3 yang bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam itu telah disertai oleh enam pasangan selebriti tanah air seperti, Shila dan Shahir, Adira dan Emma, Tom dan Fuad, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Syaiful dan Sharif, Ryan dan Adam.

Orang ramai boleh menonton FD3 setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 atau secara strim di Tonton.

Fatin Nurain