“Papa Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” – Yusof Haslam

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil berkongsi tangkap layar perbualannya bersama bekas bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sarah meluahkan rasa rindunya terhadap kedua ibu bapa mentuanya setelah sekian lama tidak berhubung.

Dalam perkongsian tersebut, Yusof sempat berpesan kepada Sarah untuk menjaga kesihatannya dan tidak terlalu kuat bekerja.

Lebih menarik lagi, bekas bapa mentuanya itu tetap menganggap Sarah itu menantunya meskipun sudah tidak lagi bersama anaknya, Syamsul Yusof.

“Papa mama tetap anggap Sarah menantu kami. Kuatkan semangat, jangan kerja kuat sangat. Jaga kesihatan, jangan stress sangat. Bahaya pada kesihatan,” katanya.

Tersentuh dengan kata-kata bekas bapa mentuanya, Sarah turut meluahkan rmendoakan kesihatan mereka.

”Rindu papa dan mama. Maaf Sarah busy kerja. Ya Allah, jagakan kedua ibu bapa mertuaku. Semoga diberikan afiyahdan dipermudahkan segala urusan mereka,” tulisnya.

Fatin Nurain