Kongsi Info Mengenai ‘Akibat Menyebarkan Aib Orang Lain’ & ‘4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka’… Ruhainies Aktif Posting ‘Quotes’ Agama

Pelakon kontroversi Ruhainies dilihat semakin tenang meskipun isu tangkap khalwatnya bersama aktor, Aliff Aziz masih menjadi tumpuan umum.

Terbaharu, Ruhainies kelihatan lebih kerap berkongsi ‘quotes’ berkaitan agama menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGS).

Antara ‘quotes’ yang dikongsikan oleh pelakon itu adalah berkenaan akibat menyebarkan aib orang lain dan golongan manusia yang haram disentuh api neraka.

Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff memaklumkan bahawa mereka bakal memberikan kenyataan rasmi berkenaan isu khalwat yang berlaku, Sabtu lalu.

Difahamkan, sebelum ini pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunggu pasangan kontroversi itu membuka pintu selama tiga jam ketika serbuan dijalankan di kediaman aktres terbabit.

Malah, pihak JAWI terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk memecahkan pintu kediamannya sekiranya mereka enggan memberi kerjasama.

Ruhainies bagaimana pun menegaskan terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dan memohon agar orang ramai berhenti membuat spekulasi.

 

 

Fatin Nurain