“Dia Setuju Untuk Cerai” – Aliff Aziz Tak Hadir Ke Mahkamah, Bella Astillah Mahu Proses Berjalan Lancar

Umum mengetahui pelakon Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres terhadap suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz semalam.

Namun begitu, kelibat Aliff tidak kelihatan hadir ke prosiding sebutan pertama hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

“Patutnya dia (Aliff Aziz) hadir hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.

Dalam pada itu, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah menyatakan bahawa dia nekad untuk berpisah dan menganggap perceraian adalah jalan terbaik untuk mereka.

“Saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya,” ujarnya lagi.

Selain itu, ditanya adakah dirinya akan memberi peluang lagi buat Aliff, Bella menyatakan dia telah memberikan beberapa kali peluang kepada suaminya itu.

“Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Cinta tak semestinya memiliki,” katanya kepada XTRA.

Peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian.

“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Tahu Limit Kesabaran Tu Sampai Bila”- Perkongsian Bella Astillah Kembali Tular, Netizen Titip Kata Semangat & Minta Move On Kes Suami Curang

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Artikel Berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

Atiqah Johari