Kongsi Momen Bawa Jebat Jayden Bercuti Di Jepun Bersama Noor Nabila & Amelia Christie, Sharnaaz Ahmad Dipuji

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil berkongsi momen dirinya membawa anaknya, Jebat Jayden bercuti di Jepun bersama bekas isterinya, Noor Nabila dan kekasihnya, Amelia Christie.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, ramai yang memuji tindakan Sharnaaz dan Nabila yang tetap bersatu hati menggembirakan anak mereka, Jayden meskipun sudah tidak bersama.

Malah, ada juga yang memuji kemesraan Nabila dan Amelia yang dipamerkan sepanjang bercuti bersama.

Fatin Nurain